Sunday, June 26, 2011

Buat pertama kali nyaa..



Hai..today, genaplah sebulan kisah keguguran saye..saye pun alhamdulillah dah semakin sihat. Sebelum kuar spital ari tu..dr. sempat tanya perancangan selepas kisah keguguran saye tu.. saye dan hubby pun decide nak rest dulu.. yerlah mcm kedua2 kejadian tu boleh dikatakan rapat la jugak..so bg rahim rest dulu then baru start fikir nak baby baru... ermm makin manja laa aaqil..

Today juga pi jumpa dr. kat Klinik Azizah (KDA),..baru nak stat merancang beb... hehehe before this xpenah pun try.. tapi kali nie kena gak merancang..ari tu dah citer kat Dr. Mimi (KDA) so dia suh datang balik bila 1st day saye dtg bulan... tetiba shift malam skali tu 2-2 KDA cuma Dr lelaki yg bertugas. nak xnak redah jer la..alang2 dah pi Pandan Prima terus jumpa dr. brtugas time tu..tak salah saye Dr Isaac kot.

First time nak makan pil perancang..bukan tau pun so kena laa dengar nasihat dr. Dr perkenalkan pil yang dos nyer lebih rendah berbanding pil2 yang lain..tapi fungsi nya tetap sama. Nama pil tu Mercilon.. try dulu pil nie..kalau badan naik mendadak..kena laa jumpa dr balik kasi tukarrr... hehehe xmor laa coz bdn sekarang pun dah naik..xnak naik2 lagi... kalau ade pil yg makan leh slim kan badan pun saye sanggup.. hehehe




Ade yang kata Pil Yasmin pun elok juga..xnaikkan berat badan tapi rege nye mahal sket.. sayang nye pil tu xde kat klinik azizah nie. So untuk permulaan kite try jer la pil Mercilon nie..harap2 xde efek yg xbest.. yg penting protection.. hihihi. dengar citer pil nie pun leh cantikkan kulit muka.. kite tengok jer la nanti ekk.Harap2 saye xlupa tuk makan pil nie hari2..huhuhu..dah set kan alarm pun setiap hari.. :)
kalau uOlls ade citer pasal kes renacang2 nie meh laa kongsi citer.. atau info.
Sharing is Caring kan... okey lah..sampai jumpa lagi nanti.. Babai..

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak Final - Round 2

image
Layann...xperlu kata apa apa.... hehehehe










Jozan nyer persembahan masih belum ketemu...nanti saye upload bila dah ade ekk...
Layan yg atas tu dulu yer...

Maharaja Lawak Final - Nabil & Jambu

2 finalist nie saye sokong gak..suka gak kekadang lawak diaorg..tapi saye lagi suke sepah dan jozan..

Apa pa pun jom layan  Nabil & Jambu - 1st Round






tunggu 2nd round plak yer...teruskan click my nuffnang n follow laaa.... hehehe

Final Maharaja Lawak.. Sepah & Jozan

Hai..baru jer selesai tengok Maharaja Lawak Final... terbaekk dari sumer finalist.
tapi saye suka Sepah dan Jozan..

ikuti 1st round lawak diaorg tadi.. terbaekkk...







dari 1st round, saye dah bleh agak Sepah bleh mengatasi Jozan tuk jadi Juara Maharaka Lawak..
Layann dulu okies..

tunggu unt 2nd round okies.. sila like nuffnang saye...hehehehe

Friday, June 24, 2011

Sakit Tumit Kaki..Hadoiiiii

Hai Uolls, lama dah xhapdet..lately busy sket lagi pun kekeringan idea nak tulis dalam blog.


Rasa nya dah 3-4 bulan tumit kaki nie rasa sakit sangat bila nak menapak lagi2 bila lepas duduk, baring / tido .. kalau bangun nak wat susu aqil 3-4pg tu apa lagi nak stat menapak tu mula laa 'ter-injit2' berjalan..coz jalan pakai tapak kaki depan jer tumit plak xnak bagi cecah ke lantai.. sakit woo.. lama2 okey plak..dan xbestnyer kena kat dua2 tumit kaki...huhuhuhu... dah tua sangat ke haku nie???...baru masuk 30an tau....


uOlss tau tak sebab per?? yang saye tau sbb obesiti la kot... tu mmg saye tak nafikan.. berat nie xmau turun2 plak..statik je.. huhuhu camne nak turun berat badan nie..kalau uOlls ade petua ke kongsi2 laa ekk..xbleh tahan laaa...


So, tenet punyer tenet...dapat laa info pasal sakit tumit nie.. harap2 cara nie boleh ringankan sket sakit tumit kaki saye nie... jomm ..sharing is caring..





Sakit tumit membahayakan golongan ahli sukan khususnya
Berdasarkan rencana ‘Sihat’ akhbar Berita Mingguan, bertarikh 23hb Januari 2011, selain daripada ahli sukan, golongan seperti berikut juga berkemungkinan besar akan mengalami sakit tumit:
  • Pekerja seperti Jururawat – Perlu kerap berjalanan di kawasan hospital.
  • Mempunyai tapak kaki yang leper.
  • Obesiti.
  • Mengalami masalah otot betis yang tegang.
Kebiasannya, masalah tumit ini akan dirasai pada setiap waktu pagi, yakni ketika saat kita meletakkan kaki ke atas lantai apabila mahu bangun dari katil.

Dr Saiful Akhtar Shamsuddin, Pakar Perunding Ortopedik menyatakan bahawa, masalah tumit boleh dirawat, dengan kaedah meletakkan ketulan ais yang telah dibungkus dengan kain.
Kemudian, kain yang diselaputi dengan ketulan ais tersebut diletakkan pada bahagian tumit yang sakit.

Kita digalakkan untuk sentiasa memakai jenis-jenis kasut, yang menggunakan getah sebagai tapak untuk melapik tumit kaki. Contoh kasut yang mempunyai tapak lembut adalah seperti kasut sukan.
Dengan mengamalkan dua tip di atas, penyakit tumit dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Namun, kita dinasihatkan untuk kurang melakukan aktiviti-aktiviti, yang memerlukan banyak pergerakan, khususnya berjalan.

TQ...Sharing is caring... harap2 info ni membantu saye.. kalau uOlls ade petua ke, ubat2 ke tuk sakit tumit nie kasi tau ekk... so PAPAI..nak layan Maharaja Lawak Final...dah Stat' laaa..... go go JOZAN...go go SEPAH!!!! hehehehe

Sunday, June 19, 2011

Happy Fathers' Day

To all my daddies ...hehehe.. my hansome dad is only the one..

Ayah - En Madrus bin Hussin - terima kasih kerana telah memberi didikan yang terbaekk untuk anakmu, kami doakan kesejahteraan ayah dan semoga ayah suksess selalu dunia dan akhirat.. we all love ayah!!!


dan buat yang tersayang - Dearest Hubby - Si Kacak Mohd Fadzil bin Salim, terima kasih coz menjadikan mama ibu kepada Aaqil Fauzan dan mama doakan B terus menjadi ayah yang terbaekk buat anak2 kite insyaallah.. I Love u soooooo muchhhh....

xlupa juga buat arwah abah mertua, Arwah Salim bin Osman, walaupun menantu mu ini tak pernah mengenali mu, namun al-fatihah tetap kami sedekahkan.. semoga abah aman disana.. al-fatihah.

dan untuk bapa2 lain kat luar sana ..."happy fathers day"



Thursday, June 16, 2011

STRESS dari pandangan Dr Danial


Apa Itu Stress?
 
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
 
   
Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?
 
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
 
 
Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?
 
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
 
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
 
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
 
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
 
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
 
Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress
 
Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)
 
Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)
 
Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)
 
Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya,  jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)
 
Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)
 
Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)
 
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)



Info dr Dr. Danial
"Sharing is Caring" - fadz lyana

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...