Thursday, July 28, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow



Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta 
Mengucap satu nama 
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku 
Cinta yang bertasbih 
Mengutus Hati ini 
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku Dalam butiran tasbih 
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta 
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah 
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih 
Nadiku berdenyut merdu 
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
 Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang 
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Monday, July 25, 2011

Persediaan Hadapi Puasa

Persediaan hadapi puasa


“Wahai orang-orang yang beriman..”

Sejarah Ramadhan

1)        Ramadhan: Ertinya panas terik
2)        Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3)         Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4)         Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5)         Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6)         Di pilih untuk ibadat puasa.
7)         Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1)        Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2)        Bulan penuh keberkatan.
3)         Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4)        Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5)        Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6)         Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7)        Bulan menambah rezeki.
8 )         Memberi berbuka banyak pahala.
9)         Bulan keampunan :-

-        Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
-        10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-        10 hari pertengahan - pengampunan,
-        10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1)        Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)         Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)         Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)         Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5)         Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)         Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)         Solat berjemaah setiap waktu
8)         Solat jemaah di masjid/surau
9)         Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)         Sahur diwaktu akhir
11)         Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)         Mandi Janabat sebelum Imsak
13)         Kurangkan tidur
14)         Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)         Tunaikan Solat Dhuha
16)         Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)         Tunaikan solat Rawatib
18)         Jaga pacaindera
19)         Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20)         Hadiri majlis ilmu
21)         Buat baik kepada ibubapa
22)         Isteri hendaklah taat pada suami
23)         Banyakkan bersedekah
24)         Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)         Berbuka bersama org tua
26)         Jemput tetamu berbuka
27)         Kurangkan berat badan
28)         Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)         Baiki hubungan suami isteri
30)         Baiki hubungan jiran

31)         Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)         Elakkan berbelanja berlebihan
33)        Kuatkan kesabaran
34)         Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35)         Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)         Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)        Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)        Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan

39)        Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)        Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41)        Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42)         Melazimkan solat waktu
43)         Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)         Elakkan banyak berhutang
45)         Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)         Mengeluarkan zakat fitrah


“Sebarkanlah risalah ini semoga Kita sama mendapat menafaat daripadanya”

Saturday, July 23, 2011

datang dan pergi..

hai...
sekarang nie cam malas nak berblogging...coz xde citer best nak kongsi
today..my NBC masuk woksyop.. melayang sebelah tangan.. (rm500).. erm,..my NBC tu memang dah oldschool... saye stat pakai masa mula keje kat Melaka dulu.. tahun 2001.. sampai laa sekarang masih berjasa dengan tuannya.
NBC saye tu memang best.. xbyk sgt ragam.. tp sejak 2 mggu lepas, saye perasan ade leaking kat enjin.. kalau pagi2 g keje mesti bau hangit n kekadang ade asap kat bonet depan..gerunn jugak.. dalam keadaan ekonomi skrg yg kejap stabil kejap tak.. agak susah gak nak pi repair one shot!!
Tapi alhamdulillah,.. minta pertolongan dariNya, Khamis lepas terfikir lak nak tengok deviden saham..alhamdulillah, rezeki tuhan bagi di saat sesak camni..dah lah lom gaji lagi.. so, dapatlah repair NBC saye tu. walaupun kos keseluruhannya agak besar jugak.. tapi dengan budget ciputt nie leh la repair mana yg urgent dulu.. insyaallah ade rezeki nanti repair plak yg lainnya..
Moral of the story, selagi kite meminta pertolongan dan doa kepada Nya...insyaallah Dia akan bantu kita.. now my NBC is back to normal and tip top... yg peliknyer makin kuat plak bunyi ekzoss..hehehehe..

Thursday, July 21, 2011

BOTAK

botak juvana
Heehehehe..gambar Botak dlm drama JUVANA.. botak lagi ensem bila dia BOTAK.. kalau ade rambut cam pelik lak... layann je laaaa.....
Nama Sebenar: Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun (lahir pada tahun 1986)
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri
Memang boleh buat menantu nie. Pernah belajar tahfiz lagi. Bagus-bagus. Inilah pelakon yang kita mahukan. Bukan kosong tetapi berilmu. Tak gitu? Layankan lagi beberapa keping gambar Botak Juvana dengan membaca entri ini sepenuhnya.

botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana
botak juvana

Abess dah episode JUVANA..


Dah abis dah drama nie...hari isnin ku kembali seperti biasa jika drama lepas nie xsyok mcm nie...hehehehe
Jom laa layan info nie... punyer lah ramai yg tonton JUVANA episode last.. memang terbaekk....

Drama bersiri popular TV3, JUVANA yang telah mencetuskan fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara sejak mula bersiaran bulan April lalu, terus melakar sejarah apabila mencatatkan rekod kadar penonton yang tinggi apabila episod terakhir yang disiarkan semalam berjaya mencecah sebanyak 4.2 juta penonton! (sumber AC Nielsen)

Mula bersiaran sejak 25 April lalu, setiap Isnin jam 9.00 malam, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh. JUVANA menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith.

Episod pertama JUVANA telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati para penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Kami sangat teruja dan bersyukur di atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama JUVANA bersiaran. TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.”

“Bagi mereka yang setia mengikuti darama ini daripada episod pengenalan hinggalah ke episod terakhir, harapan kami agar JUVANA telah memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA,” tambah Pn. Nurul lagi.

Saturday, July 16, 2011

Farah Brepp Brepp dah kawen.....

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, selepas solat Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.
Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.
Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.
Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.
"Saya dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal..
"Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini," kata Farah yang cantik menyarungkan busana moden berwarna putih rekaan Zery Zamry.
Sebelum ini Farah banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya.
Kata Farah, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.
"Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.
"Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah," cerita Farah.
Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.
"Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.
"Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.
"Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya," ujar pengacara ‘Ustazah Pilihan’ ini.
Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata.
"Saya tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen.
"Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur," ujar Johan.
Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini.
Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.

Thursday, July 14, 2011

LoVe CakE, CuP CaKes... yuMMy..

hye..
Sharing with uOlls...my LoVe.. hehehe Like Mother Like Son..likE faTher too... masIng2 suKer Cakes, cup cakes.. ermmm yummy... cantik2 dan sedap2...





SiMpLe, NiCE, SweeT, on BudGet
Sowi tuan punyer blog..saye tumpang share gambar tuk wat sample yer... heheheh

idea2 tuk cup cakes insyaallahh ade rezeki nanti.. ade byk lagi gambar sample tuk cup cakes/doorgift ni tapi kat opis lak...ni pun dah cukup kot... Kawan nak kawen.. so, nak tunggu dia confirm order.... Ya Allah permudahkan lah dan Murahkan lah rezeki kami!!...insyaallahh....

Wednesday, July 13, 2011

Masak Lomak Cili Api.

Request from orang perak tu... nak wat gulai masak lomak cili api.. nak mintak resepi...
So, nie lah sedikit sebanyak resepi dr Mak saye yang saye penah buat..

Kalau dah buat nanti jgn lupa ajak saye mkn skali yer...

Resepi Pertama : Ayam Masak Lomak Cili Api ngan Kentang.


Bahan-bahan;
Ayam - Seekor - dipotong sederhana besar
Cili Api - 10-15 bji (kalau xnak pedas kurangkan cili)
Kunyit hidup - sebesar ibu jari
Serai 1-2 batang - potong dua dan tumbuk sket bg penyet..
Kentang - 3-4 biji dipotong 4.
Santan pekat - 2 cawan
Air - 1 cawan
(Santan dan air ni dicampurkan sebati jgn terlalu cair sgt..)
Asam keping - 1-2 keping.
Garam secukup rasa.

Cara nak buat:
Memula... tumbuk kunyit hidup dan cili api hingga lumat..then masukkan dalam periuk.
- Tumbuk/Titik pula serai - pun masukkan dalam periuk.
- Masukkan ayam yg telah di potong dan dibasuh bersih tadi.
- Buka api sederhana besar dan gaul ayam ngan cili api tadi biar sebati.. biarkan sekejap sampai air ayam tu kering..jgn biar sampai hangus plak.. hehehe
- Agak2 dah sebati ayam ngan cili dan kunyit tadi, baru masukkan santan.
- Kacau selalu jgn bagi santan tu berketul2 atau bertaik minyak..
- Bila dah mendidih, masukkan kentang dan biarkan sampai kentang empuk.
- Bila kentang dah empuk masukkan asam keping dan garam secukup rasa..
Then bleh la hidang...

Ok?? bleh wat kan.... insyaallah..

Resepi ke-2
Ikan Keli/Semilang Masak Lomak Cili Api campur pucuk ubi.

Bahan-bahan;
Ikan Keli sekilo - dibakar baru sedapp..
Cili padi agak2 dlm 10-15 biji
Kunyit hidup dalam 2 inci
Pucuk ubi segenggam.. nak letak lebih pun xper.
Santan pekat 3-4 cawan
Air - 1 cawan
Special.. tambah tempoyak dalam 3-4 sudu besar.

Cara masak, lebih kurang samer je..tapi ikan keli ni lain sket..kena masak kuahnyer dulu..

1st..ikan keli tu kena bakar dulu baru naik bau.. skrg dah ade jual kat pasar kann..senang nak cari.
- tumbuk cili ngan kunyit hingga lumat
- masuk dalam periuk then letak santan dan air.. (santan kena pekat sket coz nanti bila masuk pucuk ubi dia akan cair)
- kasi gaul santan jgn bgi berketul / bertaik minyak
- bila dah mendidih masukkan pucuk ubi dah kacau kejap
- masukkan tempoyak dan kacau sebati.
- then  masukkan ikan keli bakar tadi dan kacau kejap dalam 3-4 minit
Letak garam secukup rasa, dan boleh dihidangkan...

erm...cukup lah tu ekk... 2 resepi dulu..nanti saye post lagi kalau ter rajin...
untuk kawan saye tu...selamat mencuba dan selamat memasak tuk isteri tersayang... hehehehe

Tuesday, July 12, 2011

mari makan.. Ikan Keli Masak Tempoyak

rasanyer lama jugak tak upload citer2 pasal mknan dan masakan kat blog nie.. ari ni nak upload satu gambar dan satu resepi masakan ~ resepi arwah mak mertua.
request from my dearest hubby.. nak suh msak ikan keli masak tempoyak. ermm..xpernah buat lak masakan ala minang nie.. versi neghori ikan keli/semilang bakar masak tempoyak cili api campur ngan pucuk ubi..den tau lah buek.. hehehe
nsib baik laa ader my SIL, minta resepi dan cara masakan arwah mak mertua nie.. yerlah..dah hubby request versi tu..kena la masak versi tu jugak.. hubby suka .. sayer lagi suker..
Okey lah, ghuper nyer senang je cara masak dia.. jom kite msak..

Resepi : Ikan Keli masak tempoyak


Bahan2 nyer;
Sekilo Ikan Keli - disiang dan dipotong 2/3 bhgn.
Tempoyak dlm 1 mangkuk kecik (Bahan asas nie.. bleh kurang atau tambah kalau nak kuah pekat
Cili Api - agak2 lah kalau nak pedas letak cili api lebih sket.
Kunyit hidup dlm seinchi
Daun kunyit - 3 helai (diracik kecik)
Air secukupnyer.

Cara nak wat cukup senang,
1st - Goreng Ikan keli dulu jgn terlalu garing nanti xbest.. agak2 ikan xhancur bila masak nanti..
2nd- Cili api dan kunyit ditumbuk lumat then masuk dlm kuali atau periuk. (saye suka masak dlm kuali coz senang nak pantau ikan tu nanti..hehehe)
3rd - Masukkan tempoyak yg telah dicampurkan air masak.. jgn letak air byk sgt. nanti kuah xpekat xbest.
4th - Masukkan carikkan daun kunyit

Masak bahan2 nie dengan api sederhana. Bila kuah dah agak masak dan pekat letak perasa,
5th - Letak garam secukup rasa dan gula sedikit jika tempoyak terlalu masam.

Akhir skali leh msukkan ikan dan biarkan sebati dengan kuah.. biarkan seketika. Padam api dan bleh hidang..
Yum yum...

Alhamdulillah, manjadi jugak cubaan pertama saya dan hubby suka.. yg penting mlm tu sumer menu licin.. hubby wat sambal tempe pun licin jugak selicin ikan keli masak tempoyak saye..
Hehehehe...
Selamat Mencube...

Tuesday, July 5, 2011

Kemaafan adalah dendam yang terindah

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Sunday, July 3, 2011

Selamat Pengantin Baru

Tadi tengok melodi...citer Tomok kawen... skrg tengok NONA plak..citer Fetri Yahya kawen.. ramai yg dah tamatkan zaman bujang yerr..tahniahh laa. adik-adik ku ni bila lagi?.. hehehe jom layan gambar2 diaorg..







Ahmad Fedtri yahya kahwin



7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...