Tuesday, July 12, 2011

mari makan.. Ikan Keli Masak Tempoyak

rasanyer lama jugak tak upload citer2 pasal mknan dan masakan kat blog nie.. ari ni nak upload satu gambar dan satu resepi masakan ~ resepi arwah mak mertua.
request from my dearest hubby.. nak suh msak ikan keli masak tempoyak. ermm..xpernah buat lak masakan ala minang nie.. versi neghori ikan keli/semilang bakar masak tempoyak cili api campur ngan pucuk ubi..den tau lah buek.. hehehe
nsib baik laa ader my SIL, minta resepi dan cara masakan arwah mak mertua nie.. yerlah..dah hubby request versi tu..kena la masak versi tu jugak.. hubby suka .. sayer lagi suker..
Okey lah, ghuper nyer senang je cara masak dia.. jom kite msak..

Resepi : Ikan Keli masak tempoyak


Bahan2 nyer;
Sekilo Ikan Keli - disiang dan dipotong 2/3 bhgn.
Tempoyak dlm 1 mangkuk kecik (Bahan asas nie.. bleh kurang atau tambah kalau nak kuah pekat
Cili Api - agak2 lah kalau nak pedas letak cili api lebih sket.
Kunyit hidup dlm seinchi
Daun kunyit - 3 helai (diracik kecik)
Air secukupnyer.

Cara nak wat cukup senang,
1st - Goreng Ikan keli dulu jgn terlalu garing nanti xbest.. agak2 ikan xhancur bila masak nanti..
2nd- Cili api dan kunyit ditumbuk lumat then masuk dlm kuali atau periuk. (saye suka masak dlm kuali coz senang nak pantau ikan tu nanti..hehehe)
3rd - Masukkan tempoyak yg telah dicampurkan air masak.. jgn letak air byk sgt. nanti kuah xpekat xbest.
4th - Masukkan carikkan daun kunyit

Masak bahan2 nie dengan api sederhana. Bila kuah dah agak masak dan pekat letak perasa,
5th - Letak garam secukup rasa dan gula sedikit jika tempoyak terlalu masam.

Akhir skali leh msukkan ikan dan biarkan sebati dengan kuah.. biarkan seketika. Padam api dan bleh hidang..
Yum yum...

Alhamdulillah, manjadi jugak cubaan pertama saya dan hubby suka.. yg penting mlm tu sumer menu licin.. hubby wat sambal tempe pun licin jugak selicin ikan keli masak tempoyak saye..
Hehehehe...
Selamat Mencube...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

thanks

javascript:void(0)

Blogroll