Wednesday, August 15, 2012

Rendang Tok

 


Yey... lagi beberapa hari je nak raya...
Tahun nie raya xbest sangat coz hubby kena keje.. tapi xper..raya pertama tu dia cuba ikut skali balik kampung.. lega rasanya.. Tapi petang tu hubby dah kena balik KL laa sebab keje sampai seminggu.. huhuhu.. ciannye..

So Fadz n Aqil jer la beraya di kampung.. tu pun maybe sampai raya ke3 jer..
Xbleh tinggal hubby lelama kat KL... kepala otak ni asyik pkir dia makan ke tak?? makan apa?? terbangun ke dia nak g keje nanti?? pastu keje 6am-2am lak tu..nsib baik ade masa2 yang boleh dia balik umah qada' tido!!.. 

Walaubagaimana pun, persiapan raya tetap dibuat untuk semua... Hubby tetap ada baju raya cuma tahun ni dia tak nak buat baju melayu coz dia pun keje.. pakai je baju melayu tahun lepas untuk semayang raya nanti.. Persiapan untuk mama dah cukup la rasanya.. beraya ala kadar je.. yang penting untuk Aaqil jer.. biar dia rasa seronok beraya ngan sepupu-sepupu dan makcik pakciknya kat kampung nanti.

Mggu ni dapur Fadz xberasap... air pun masak dlm kettle je.. nak kemas dapur kasi clear mggu nie.. So berbuka la kami di luar, alhamdulillah ada je jemputan berbuka puasa.. Sabtu nanti teringin plak nak buat rendang, Nasi Himpit & Kuah Kacang.. Walaupun raya berkemungkinan besar jatuh pada hari Ahad.. tapi amik feel dulu....preparation raya tu kan..

Fadz maybe balik ke kampung di pagi raya nanti.. so sempat la masak-masak juadah raya tu menjelang hari raya. Boleh bawa balk kampung sket.. pastu tinggalkan yang lebihnya - Frozen tuk hubby makan time Fadz di kampung nanti..

Seperti biasa lah, fadz akan follow resepi rendang tok Kak Dayang .
Dah banyak kali cuba..memang best, hubby pun skrg dah request rendang tu jer kalau time raya coz Fadz org N9 so tentu lah Mak Fadz akan masak rendang cili api.. best jugak!! tapi dah biasa kann.. so kite tukar selera orang Perak lak...

Jom tengok resepi Kak Dayang.nie.


Resepi Rendang Tok
Sumber Resepi & Gambar : DapurKu Sayang




Bahan-bahan :
  • 1 kilo daging ~ Kalau Fadz xcukup sekilo ni.. mau 2-3 kilo sekali masak..
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk cili  fadz tak letak sebab lebihkan cili kering yang diblender
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan cili kering kisar - Ikut kepedasan masing-masing
  • 1 liter santan
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan gula pasir secukup rasa
  • sedikit isi kelapa - dibakar dan dihiris ~fadz tak letak pun sebab dah ada kerisik
  • sedikit kerisik 
  • sedikit hirisan daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut ~ fadz tak letak..ikut resepi orang perak kata tak letak daun purut
  • sedikit air asam jawa
  • 1 cawan kicap pekat ~ fadz tambah coz nak bagi hitam dan manis

Bahan-bahan yang disangai dan ditumbuk halus:

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis - Fadz guna serbuk jer.. so xyah sangai perap terus dengan daging
  • 1 sudu makan jintan putih - Fadz guna serbuk jer.. so xyah sangai  perap terus dengan daging
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih

Cara-cara :
* Perapkan daging bersama bahan2 tumbuk selama 2 jam atau semalaman. 

             (Biasanya Fadz akan siapkan bahan2 nie pagi..then malam baru mula masak.. jadi perap tu lama sikit tapi  
             takde smpai semalaman.. actually perap lama bagus sebab nanti daging akan mudah empuk)

* Masukkan bahan perapan tadi ke dlm kuali atau periuk besar bersama air secukupnya. Masak dgn api perlahan sehingga empuk. Ketepikan.
         (Petua nak lembut kan daging cepat, campurkan dengan 3-4 helai pucuk/daun nangka - Biasa fadz akan rebus 
          dulu daging sebelum diperap tapi air rebusan jangan dibuang boleh guna time memasak nanti.)

* Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Serbuk kunyit dan serbuk cili dibancuh dgn sedikit air dan disatukan dgn cili kisar. Kemudian masukkan ke dalam bahan2 tumis tadi. Kacau dan biarkan ia betul2 pecah minyak.
         (Serbuk kunyit Fadz masuk sekali dalam bahan perapan..)\

* Masukkan daging dan gaulkan rata2. Masukkan santan dan kerisik dan kacau tanpa henti dgn api perlahan. 

* Kemudian masukkan pula garam, gula melaka, gula pasir, daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa.. Kacau lagi hingga kuahnya pekat atau kering. Ikutlah selera masing2

Dan boleh la di hidangkan..

Makan dengan nasi himpit atau lemang pun sedap...

Selamat Hari Raya!!!




Tuesday, August 14, 2012

Istana Terbuka di Aidilfitri





Salam Aidilfitri...
Hehehe...dah dekat nak raya kan... suka suka suka.

Untung la orang Negeri Sembilan atau Khasnya rakyat jelata yang duduk dekat ngan Istana Besar Seri Menanti..
YAM Tuan kita akan buat Istana Terbuka di hari raya pertama...
Wahh..bileh lah gi... dekat jer ngan umah kan..

Jom laa warikh-warikh... amik kesempatan bersalam ngan YAM Tuan kite nanti..

Popular Posts

thanks

javascript:void(0)

Blogroll