Friday, June 24, 2011

Sakit Tumit Kaki..Hadoiiiii

Hai Uolls, lama dah xhapdet..lately busy sket lagi pun kekeringan idea nak tulis dalam blog.


Rasa nya dah 3-4 bulan tumit kaki nie rasa sakit sangat bila nak menapak lagi2 bila lepas duduk, baring / tido .. kalau bangun nak wat susu aqil 3-4pg tu apa lagi nak stat menapak tu mula laa 'ter-injit2' berjalan..coz jalan pakai tapak kaki depan jer tumit plak xnak bagi cecah ke lantai.. sakit woo.. lama2 okey plak..dan xbestnyer kena kat dua2 tumit kaki...huhuhuhu... dah tua sangat ke haku nie???...baru masuk 30an tau....


uOlss tau tak sebab per?? yang saye tau sbb obesiti la kot... tu mmg saye tak nafikan.. berat nie xmau turun2 plak..statik je.. huhuhu camne nak turun berat badan nie..kalau uOlls ade petua ke kongsi2 laa ekk..xbleh tahan laaa...


So, tenet punyer tenet...dapat laa info pasal sakit tumit nie.. harap2 cara nie boleh ringankan sket sakit tumit kaki saye nie... jomm ..sharing is caring..





Sakit tumit membahayakan golongan ahli sukan khususnya
Berdasarkan rencana ‘Sihat’ akhbar Berita Mingguan, bertarikh 23hb Januari 2011, selain daripada ahli sukan, golongan seperti berikut juga berkemungkinan besar akan mengalami sakit tumit:
  • Pekerja seperti Jururawat – Perlu kerap berjalanan di kawasan hospital.
  • Mempunyai tapak kaki yang leper.
  • Obesiti.
  • Mengalami masalah otot betis yang tegang.
Kebiasannya, masalah tumit ini akan dirasai pada setiap waktu pagi, yakni ketika saat kita meletakkan kaki ke atas lantai apabila mahu bangun dari katil.

Dr Saiful Akhtar Shamsuddin, Pakar Perunding Ortopedik menyatakan bahawa, masalah tumit boleh dirawat, dengan kaedah meletakkan ketulan ais yang telah dibungkus dengan kain.
Kemudian, kain yang diselaputi dengan ketulan ais tersebut diletakkan pada bahagian tumit yang sakit.

Kita digalakkan untuk sentiasa memakai jenis-jenis kasut, yang menggunakan getah sebagai tapak untuk melapik tumit kaki. Contoh kasut yang mempunyai tapak lembut adalah seperti kasut sukan.
Dengan mengamalkan dua tip di atas, penyakit tumit dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Namun, kita dinasihatkan untuk kurang melakukan aktiviti-aktiviti, yang memerlukan banyak pergerakan, khususnya berjalan.

TQ...Sharing is caring... harap2 info ni membantu saye.. kalau uOlls ade petua ke, ubat2 ke tuk sakit tumit nie kasi tau ekk... so PAPAI..nak layan Maharaja Lawak Final...dah Stat' laaa..... go go JOZAN...go go SEPAH!!!! hehehehe

No comments:

Post a Comment

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...