Wednesday, March 30, 2011

Aduh! Merajuk Mengalahkan Perempuan...

Emm..posting ari nie.... buka topik merajuk..

Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk ... buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk kan?

Selalunya, kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi ... kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya.

Bila lelaki mula merajuk... Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya!..tapi lagi pening kalau dapat suami yang suka merajuk nie...waaaaa!!! kena banyak bersabar....

Info ni dicopy paste dari ~

 Tilam & Bantal


TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa
Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...
 - yer, dia memang ada time nyer tetiba mendiam seribu bahasa... sah laa tu!!

Masam Muka
Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!
 - Dia Ok lagi laa...xtarik muka..still kacak lagi...hehehe

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... )
 - yang nie memang terang-terang..si Dia pun macam nie jugak...kekadang tu dia yg masak tp kalau tetiba dia merajuk...xkan dijamahnyer apa yg dia dah masak tu depan kite.. Cianlaa kite kena makan berdua ngan anak dulu...Si Dia dok tgk TV layan merajuk dia....hehehehe kekadang rasa nak suap jer nasi tu kat mulut dia...kang dah macam mak tiri plak....hehehehe
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!
- yup!!!!

Matikan Telefon Bimbit
Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!
- Xdelaa sampai nak matikan henpon...setakat sms n call xjawab tu ade laaa... biasa nyer camtu laa kejap jer tu...nanti dia call / sms jugak..


Baca Surat Khabar
Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.
- Ermm..dia xde ciri mcm nie..


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!
- Dia mmg selalu tengok TV sampai lewat malam..kekadang TV tengok dia..tapi nie bukan la cara dia merajuk..




Macam mana merajuk pun dia...xlama laa paling lama wat hal masing2 2 hari...tapi kite keep going sms dia wat mcm xde hal belaku..lelama dia ok lah.. Saye nie dah laa jenis yang xreti nak memujuk lebih2 nie...hehehe so sorry laa yerk kalau merajuk lelama tu..sbb xde org nak pujuk... paling xpun merajuk balik ngan dia.. hah!! camne??? dua-dua merajukk...puas hati......hehehehe

Apa apa pun..asam garam rumahtangga..kalau xde mcm tu xseronok plak..tapi kalau selalu mcm tu pun naik bosan n geram plak..so byk2 kan laa bersabar wahai kaum wanita/isteri... :)

Sekarang...my little son pulak ngikut perangai ayah dia..kuat merajuk...adoyaiiii..cepat kurus Mama mcm nie kalau dah dua2 merajuk serentak.... sapa plak nak pujuk Mama nie...huhuhuhu....ciannye.. 
xper laa...Mama akan still here tuk wat dua dua nyer hepi.....







No comments:

Post a Comment

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...