Sunday, November 28, 2010

Resepi ~ Karipap Pusing


Doh 1 ~ dengan minyak.

2 Cawan tepung gandum
Secubit garam
1/4 Cawan minyak masak
1/2 Cawan air suam

*Secubit garam dicampurkan dengan tepung gandum. Masukkan minyak masak & air suam..uli sampai doh xmelekat kat jari..

Doh 2 ~ dengan margerin

1 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan margerin (biarkan lembik - suhu bilik. kalau keras susah nak uli ngan tepung nanti)

*Gaulkan margerin ngan tepung sampai jadi doh yg xmelekat kat jari.


Inti Keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub 
1 biji bawang besar, dipotong halus 
2 ulas bawang putih, dipotong halus 
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )/kalau nak guna daging pun sedap gak..  
3 sudu besar serbuk kari 
Sedikit daun kari 
Garam dan gula secukup rasa


* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang/daging, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. kacau sebentar dan tutup api



Note  : Kedua2 doh nie dibahagikan kpd beberapa bhgn..Doh dengan minyak biarkan lebih besar sket drp doh dengan margerin..
Cuba follow step nie..leen pun ikut step nie jer sampai siap.. ok!!


Selamat Mencuba...kalau sedap kongsi yerk..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

thanks

javascript:void(0)

Blogroll