Sunday, July 22, 2012

Ramadhan, bulan yang mulia

Umum semua dah tau pasal kelebihan ramadhan kan.. 


 Bulan ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu setiap fasa terbahagi kepada 10 hari. 10 malam pertama disebut dengan malam rahmat, 10 malam kedua disebut dengan malam maghfirah iaitu keampunan dan 10 malam ketiga disebut dengan itqum minannar iaitu kebebasan dari api neraka.Dlam ketiga-tiga fasa ini, fasa yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam ialah fasa ketiga. Ini kerana salah satu malam itu akan dinamakan Lailatul Qadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan. 


Sepuluh malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan berbuat ibadat. 


 Hari ni dah masuk 2 Ramadhan. Dah lama rasanya tak dapat bertarawih sama2 di masjid/surau. Kalau pegi nanti anak plak terbiar main takde siapa nak awasi. So buat jer la yg fardhu kat rumah.. 


 Semalam, berbuka dengan sup tulang, sayur brokoli dan telur dadar.
Sup Tulang dengan sambal cili kicap.. sedapp
     Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan. Sebenarnya ramadhan tahun ni ambil kesempatan skali nak turunkan berat badan. Rasa dah overweight sangat dah nie.. takut penyakit senang datang.. so, setelah di fikir fikirkan ape lah salahnya berkorban sedikit demi menjaga kesihatan sendiri kan.. Sebelum nie diet sendiri, tapi xbertahan lama coz nafsu makan tak leh control.. so berat maintain jer..78-80kg.. huhuhu..berat kann.. sebab tu la saya nak cuba ambil ALSD2.. try mcm mana kan.. insyaallah kalau usaha lebih sket tercapai kot..


ni laa ALSD2 yg saye amik tu.. baru amik 1 tin.. nak beli banyak ongkos nyer ciput jer...


 Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet ALSD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil ALPHA LIPID SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. 

Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang. Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. 

Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.

Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup). 

So, inilah menu utama saye lepas nie.. chaiyokkk fadz!!! ;) 

Menu berbuka hari nie, Ikan Bakar, Sayur Sprout & Tauhu Lembut, Tauhu Sumbat... Insyaallah.. Say no' to nasi okey!!

Selamat berpuasa!!!

No comments:

Post a Comment

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...