Friday, May 4, 2012

Red Velvet

Resepi Red Velvet Cake

gambar hiasan jer..coz google je..xsempat nak upload dr hp.
Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu koko powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk 
(Kalau xjumpa kat kedai try Campurkan 240ml susu segar dan 1 sudu cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
2 sudu kecil pewarna merah

Bahan C -

125g butter 
(kalau beli butter yg 250g juz bhgi 2 jer) - kes xde penimbang kat umah.. hehehe

2 cawan gula kastor/gula halus
2 biji telur gred A
1 sudu esen vanilla

Bahan D -

1 sudu cuka masakan
1 sudu baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

250 gram cream cheese Philadelphia
250 gram mascarpone
1 sudu esen vanilla/lemon juice
1 cawan gula ising
250 ml whipped cream

First Step.

1.Pastikan butter berada dlm suhu bilik/lembut. then pukulkan sekejap/selama 4-5 minit atau sampai kembang
2.Masukkan gula, telur (satu persatu)..dan pukul higga sebati dan kembang. dan boleh masukkan esen vanila-putar lagi..
3. Masukkan Bahan A dan Bahan B selang seli. putar dalam kelajuan slow / 1

4. Campurkan Bahan D (cuka dan baking soda), kacau sebati dan masukkan dalam adunan tadi.. putar lagi.
5. Bolehlah masuk dalam acuan, kalau rajin buat dua loyang agak2 tggi adunan dlm 2-3 inci la.. kalau xrajin korang masak je 1 loyang then kena potong 2 lah kalau nak letak cream cheese kat tengah lapisan tu.

Masak selama 45 minit dengan suhu 150 darjah celcius.. Oven ni kena pandai-pandai agak je coz oven memasing lain2 kan.. so kalau korang rasa dah ok tu boleh la sejukkan. Kalau korang rasa perlu tambah time korang tambah la time tu lg 5-10 minit ke atau sampai masak 
Biarkan kek sejuk dulu sebelum letak topping.
Ni resepi tuk topping nyer..
Topping Cream Cheese.
1. Pukul Cream Cheese + Mascarpone sampai kembang.
2. Letak esen vanila/lemon jus..(leen letak lemon juz sbb bau dia sedap)
3. Masukkan juga Gula Ising. Kasi putar semua bahan sampai kembang.
4. Lastly masukkan whipping cream dan putar lagi dlm 2-3 minit/sampai adunan likat. kalau laa tercair sket, korang leh letak kejap dlm aisbox.
5. Then boleh la hias kat cake ikut suka.. n pastikan cake tu dah sejuk tau... kalau nak letak kat tengah2 kek pun boleh tp kena belah 2 kek tu dulu dan letakkan cream cheese di tengah2. Lepas tu hias kat luarnye plak.

Kena hati-hati masa wat topping coz kek nie mudah terikut skali..so kena letak tebal sket baru lah best kan..

Atas cream cheese bleh la letak kelapa parut yg kering tu atau hias ngan cebisan2 kek tu pun dah kira cn dah...

So selamat mencuba.



2 comments:

Popular Posts

thanks

javascript:void(0)

Blogroll