Wednesday, September 21, 2011

Kisah 16 Sept 2011

Hye.. lama xhapdet entry blog nie..asyik xde idea nak mnulis dan ofkos' time tu kemalasan nak berbloging melanda..

Today, nak citer pasal 16 Sept.. 
Firstly, Happy Birthday to my only son (buat masa nie la... hehehe), Muhamad Aaqil Fauzan bin Mohd Fadzil.. Anak mama dah 3 tawun daaa...cepat tul masa berlalu. Gambar yg shoot masa besday aaqil ari tu xupload lagi... nanti lah kite upload yer..
tgk dulu gambar lama nie..
3 tawun lepas cam gini jer aaqil..
tapi sekarang dah mcm nie..

.. Mama doakan Aaqil jadi anak yang soleh dan boleh memberi kebahagiaan dan boleh membanggakan Mama & Ayah..Insyaallah..

16 Sept juga Malaysia diistiharkan cuti umum sempena Hari Malaysia.. 

So, untuk kedua2 peristiwa tersebut diatas, ditambah pula masih lagi dalam bulan Shawal, Kami buat 3 celebration sekali gus, Celebrate besday Aqil, Sambut Malaysia Day & Aidilfitri Open House.. meriahh.. gambar nanti kite upload kemudian ehh..
Sebut pasal Open House raya.. teringt kat member sowang nie.. dia minta resepi rendang tok yg saye buat masa tu..alhamdulillah, ramai yg suka.. 
untuk Dewi, nanti buat lak ehh... kalau sedap kongsi2 lah.. hehehe..
sila lah layan resepi dibawah nie;


dipinjamkan dari google image.. next week kite wat lagi kite upload gambar sendiri wat lak ehh..


Resepi Rendang Tok
  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan cili kering kisar ( boleh tambah atau kurang ikut kepedasan cili)
  • 1 liter santan
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan gula pasir secukup rasa
  • sedikit kerisik 
  • sedikit hirisan daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
Bahan-bahan yang disangai dan ditumbuk halus:
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama bahan2 tumbuk selama 2 jam atau semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Serbuk kunyit dan serbuk cili dibancuh dgn sedikit air dan disatukan dgn cili kisar. Kemudian masukkan ke dalam bahan2 tumis tadi. Kacau dan biarkan ia betul2 pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan gaulkan rata2. ..tambahkan 2 cawan air agar daging dapat direbus sekejap..(kalau tak liat lerr)
  4. Bila Daging dah nak kering,masukkan santan, biar santan agak menenggelamkan daging tu.. kacau selalu hingga kering sikit,, kalau xkacau nanti melekat2..
  5. Bila daging tadi dah agak kecut dan kering baru masukkan kerisik dan kacau tanpa henti dgn api perlahan. 
  6. Kemudian masukkan pula garam, gula melaka, gula pasir, daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa dan isi kelapa. Kacau lagi hingga kuahnya pekat atau kering. Ikutlah selera masing2.
  7. Satu petua dr Pakcik saye yg selalu wat rendang tok di Majlis2 kawen.. letakkan agak-agak dalam  3 sudu besar kicap pekat.. nak bagi rendang hitam cantik..
  8. so, dah boleh hidangkan.

Selamat Mencuba...Dewi..

No comments:

Post a Comment

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...