Tuesday, July 31, 2012

Asam Pedas Ikan Pari - Iftar Ramadhan ke-11

gambar hiasan dari google


Pejam celik - pejam celik dah masuk hari ke-11 puasa tahun ni. Alhamdulillah...
Biasalaa hari di bulan pose asyik memeikirkan menu berbuka puasa laa
Hari ni nak buat Asam Pedas Ikan Pari dengan menu tambahan - Telur Masin, Tumis Kacang Panjang, Air Sunquick &..pencuci mulut..... xde kot hehehe.. kalau rajin n sempat nanti buatkan pudding custard je.. tengok lah nanti yer...

Malam nanti kalau rajin fadz upload gambar2 ekk...
See yaaaaaaa.....

Sunday, July 29, 2012

Puding Caramel



Bahan :
180 ml susu full cream
250 ml fresh cream
200 gr gula pasir
4 butir telur, kocok asal tercampur
1 sdt vanilla extract
2 sdb air
sedikit garam

Cara membuat :
1. Panaskan gula, sampai mencair membentuk karamel. Tambahkan 2 sdm air, gaul rata. Tuangkan 1/2 bagian karamel ke dalam acuan.
2. Campurkan susu & fresh cream ke dalam sisa caramel, panaskan, aduk sampai caramel mencair. Tambahkan vanila & garam.
3. Matikan api, masukkan telur kocok secara perlahan-lahan sambil diaduk.
4. Tuang campuran susu ke dalam acuan
5. Oven dengan cara au bain marie selama 75 minit dengan suhu 150 darjah celcius.


tadaaaa.... siap n makan..

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan, bulan yang mulia

Umum semua dah tau pasal kelebihan ramadhan kan.. 


 Bulan ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu setiap fasa terbahagi kepada 10 hari. 10 malam pertama disebut dengan malam rahmat, 10 malam kedua disebut dengan malam maghfirah iaitu keampunan dan 10 malam ketiga disebut dengan itqum minannar iaitu kebebasan dari api neraka.Dlam ketiga-tiga fasa ini, fasa yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam ialah fasa ketiga. Ini kerana salah satu malam itu akan dinamakan Lailatul Qadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan. 


Sepuluh malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan berbuat ibadat. 


 Hari ni dah masuk 2 Ramadhan. Dah lama rasanya tak dapat bertarawih sama2 di masjid/surau. Kalau pegi nanti anak plak terbiar main takde siapa nak awasi. So buat jer la yg fardhu kat rumah.. 


 Semalam, berbuka dengan sup tulang, sayur brokoli dan telur dadar.
Sup Tulang dengan sambal cili kicap.. sedapp
     Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan. Sebenarnya ramadhan tahun ni ambil kesempatan skali nak turunkan berat badan. Rasa dah overweight sangat dah nie.. takut penyakit senang datang.. so, setelah di fikir fikirkan ape lah salahnya berkorban sedikit demi menjaga kesihatan sendiri kan.. Sebelum nie diet sendiri, tapi xbertahan lama coz nafsu makan tak leh control.. so berat maintain jer..78-80kg.. huhuhu..berat kann.. sebab tu la saya nak cuba ambil ALSD2.. try mcm mana kan.. insyaallah kalau usaha lebih sket tercapai kot..


ni laa ALSD2 yg saye amik tu.. baru amik 1 tin.. nak beli banyak ongkos nyer ciput jer...


 Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet ALSD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil ALPHA LIPID SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. 

Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang. Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. 

Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.

Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup). 

So, inilah menu utama saye lepas nie.. chaiyokkk fadz!!! ;) 

Menu berbuka hari nie, Ikan Bakar, Sayur Sprout & Tauhu Lembut, Tauhu Sumbat... Insyaallah.. Say no' to nasi okey!!

Selamat berpuasa!!!

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Al-Mubarak


Malam nie, malam penetapan tarikh berpuasa bagi 2012, so mlm nie tengok anak bulan.. tapi bagi kami yang duk kat bandar nie tengok TV je laa tunggu atuk tu umumkan kul 8.30 mlm nanti.



Biasa memasing berenti wat keje sat semata2 nak dengar pengumuman tu kan.... korang pun same yek.. :)



Biasa kat kampung halaman ku nun jauh di N.9, hari sebelum puasa tu diaorg 'Mantai'.. tumbang sekor dua lembu/kebau unt dijual.. mcm tu jugak la bila nak raya nanti..

Meriah mmg meriah laa... tapi sambut puasa thn nie xdapat nak rai kan kat kg.. huhuhu..


nie laa yang di kata kan hari 'mantai' bg org n.9


Persiapan puasa, mcm biasa laa... siap2 kan diri untuk bersahur dan berbuka secara ala kadar... amin.. semoga dipermudahkan..

Persiapan raye, ...... satu pun xprepare lagi... sbb raya thn nie beraya berdua jer ngan anak. Hubby terpaksa keje.. nak wat camne.. Tapi baju raya hubby tetap ade.. cuma mmg xfikir nak warna apa thn nie.. ;)

So, biar laa dulu ekk.. kite sambut puasa dulu n tambahkan amalan.. insyaallah



To all my parents and sibling, frens, blogger fren, facebook's fren, n specially to my hubby, saye minta maaf segala salah dan silap selama nie. Semoga kita semua tenang menyambut kedatangan Ramadan pada tahun nie... Insyaallah.

Selamat Berpuasa!!!

Lepas nie pastinyer entry2 yang menggiurkan dari resepi2 berbuka puasa...hehehehe..





Wednesday, July 11, 2012

One of the most beautiful



 One of the most beautiful houses in the world is in Barcelona, Spain owned by the famous footballer, 

Ronaldhino.
 
  

One 

of the most beautiful cities in the world 

is Vancouver, 





One

of the most beautiful little girls in the world

is
 
Fatima from Morocco . 



The

most beautiful eyes in the world
belong to this

little girl f rom Afghanistan 



One

of the most beautiful waterfalls in the world is
 Niagara

Falls in the U.S. and Canada .
 



One

of the most beautiful bridges in the world 
is in Japan . 




One of the most beautiful horses

in the world is
 the

Arabian.
 


One

of the most beautiful plants in the

world
 
is

shaped

like a water bubble.
 


And

one of the most beautiful days in the World is

TODAY...

if

you make it so.

Have

a great day and be Happy!

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day

Sempena Hari Bapa, Fadz nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat hubby fadz Mohd Fadzil Salim & Ayah fadz, En Madrus Hussin..


Love uOlls laaa..



Khas untuk Ayah Aaqil & Ayah Fadz, Selamat Hari Bapa

xde hadiah la sayang... cup cake ni okies tak?? 
nanti kite calebrate sesama k..


Layann...


Suka dengar lagu nie, kumpulan nie pun sume dah buat haluan memasing termasuk lah buddies hubby.
Dalam nie muda2 lagi sumer.. sumer kurus-kurus sampai xcam..
Hehehe lelama dapat cam jugak bro wazer dlm tu..
Kenangan jadi artis yer bro... 

Jom kite layan lagu ni..


Ayah, Ibu, Anak (A.I.A)


Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan aman ibu di sisi
Wahai intan seluruh raga
Hadirmu membawa seribu warna

Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa 








Satu lagi lagu untuk hari bapa...


1234 ~ Aris Ariwatan






Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan


Friday, June 15, 2012

Sakit Kepala



Lately, selalu sakit kepala, kekdang sampai migrain, so  bila dah baca penerangan kat bwh nie, tau la sket, mungkin sakit kepala yg menyerang tu sbb stress, mungkin mata ni dah rabun asyik ngadap computer je, mungkin jugak sbb xcukup tido..

Apa2 pun menjaga kesihatan tu mmg penting. Jom baca entry kat bwh nie, fadz share dr google..



Sakit kepala amat mengganggu setiap aktiviti kita. Apabila dia datang tidak menentu waktunya, bayangkan ketika kita sedang berkerja tiba-tiba sahaja sakit kepala, jadi tidak karuan dibuatnya. Pil penahan sakit selalu menjadi pilihan, jika sudah kerapkali kita menelannya akhirnya tidak mujarab lagi. Setiap penyakit ada ubatnya, cuma kita terkadang terlupa mengkaji sebab apakah kita sakit kepala. Cuba kita ubah cara hidup kita, mungkin disitu ada jawapannya. Secara umum ada lima jenis sakit kepala yang dihidapi oleh manusia, yang penekanannya fokas bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan urat-saraf muka.


Punca Sakit Kepala

Vaskular, penyebab migrain
Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Jenis paling popular dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami sekitar 28 juta orang di Amerika. Migrain boleh sembuh jika pengidapnya didalam tahap permulaan setelah 4-72 jam. Pengidap migrain akan merasa sakit kepala yang amat sangat, dengan rasa berdenyut-denyut yang timbul pada satu atau dua sisi kepala. Gejala lain dari migrain adalah mual, muntah, dan sensitif terhadap cahaya atau suara. Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan. Ertinya, lebih banyak perempuan yang mengalami migrain daripada lelaki.

Cluster
Sakit kepala jenis ini adalah berbeza dari sakit kepala vaskular. Ianya sering menyerang kaum lelaki. Menurut Cluster Headache Support Group nisbahnya enam lelaki berbanding satu pengidap jenis cluster. Rasa sakitnya amat menyiksa, ianya menyerang sehingga selama 15-180 minit. Biasanya terjadi pada satu sisi kepala, di belakang mata, atau pada daerah pelipis. Sakit kepala biasa terjadi pada waktu-waktu tertentu, seringkali diwaktu malam ketika waktu mahu tidur, dan berlarutan selama 4-8 minggu.

Myogenik
Sakit kepala jenis ini memang sering dianggap sebagai ketegangan akibat otot-otot yang menegang di leher, dahi, kulit kepala, atau rahang. Penyebabnya bukan sekadar cara duduk yang salah, tetapi juga kerana stres, gelisah dan depresi. Tidak menghairankan bila sakit kepala ini termasuk yang paling biasa, dengan intensi yang ringan hingga ke sederhana. Kadangkala rasa sakit diikuti dengan menurunnya nafsu makan.

Keradangan
Ini adalah jenis kedua sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit atau yang disebabkan keradangan di dalam kepala. Kebiasaanya sakit kepala akibat peradangan yang paling umum adalah sakit kepala akibat sinus, yang disebabkan oleh peradangan pada sinus dan ditambah dengan reaksi alergik.

Traction
Biasanya disebabkan oleh lesu yang menekan struktur dan pembuluh darah di kepala. Tumor metastatik (tumor maligna yang menyebar ke bagian tubuh lain), abses, atau hematoma (pembengkakan dalaman salur darah), bisa menyebabkan sakit kepala jenis ini. Rasa sakitnya akan lebih parah pada pagi hari, dan menjadi lebih parah saat pengidapnya batuk, buang air kecil, atau mengejan.

Cara untuk mengurangkan sakit kepala

Membaca Al-Quran dan berzikir
Sentiasa mengamalkan membaca Surah Al -Fatihah, Qul huallah & Selawat Nabi

Senaman
Jika Anda sering mengalami sakit kepala dan memerlukan pengubatan secara berkala, maka olahraga merupakan caranya. “Ketika anda bergerak aktif, stamina akan meningkat ianya akan mengurangkan stres dan tidur akan lebih nyenyak. Jogging, jalan cepat, berenang adalah senaman yang digalakkan tetapi tidak sesuai dengan pengidap migrain.

Minum Air
Anda disarankan minum 8 gelas sehari. Hidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar punca sakit kepala. “Jika tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cairan yang sudah ada dan memberi isyarat ‘kehausan’, iaitu sakit kepala atau migrain.

Makanan Ringan
Ketika anda pulang dari pejabat tiba-tiba anda sakit kepala yang amat sangat. Baru anda sedar bahawa sudah berjam-jam lamanya anda tidak mengisi perut hari itu. Ketika tubuh tidak mendapat makanan, badan anda akan kekurangan gula dalam darah, sehingga menyebabkan sakit kepala. Ini merupakan cara tubuh untuk mengatakan, “Beri aku makanan. Aku kelaparan!”
Ambillah makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula , untuk meredakan sakit kepala dan membawa tingkat gula darah anda kembali normal.

Kafein
Selain berfaedah untuk hilangkan mengantuk, kopi memiliki kelebihan lain, iaitu kandungan kafeinnya boleh mengawal rasa sakit kepala.
Selain itu, kafein juga boleh mempermudahkan penyerapan ubat migrain. Tak hanya itu, kafein juga mampu mengekang serangan sakit kepala dengan menarik / mengendurkan pembuluh darah.

Tidur
Cuba untuk tidur selama 8 jam sehari. Tidur terlalu banyak atau sedikit boleh menimbulkan sakit kepala.

Rehatkan diri.
Mengadap komputer terlalu lama boleh menyebabkan sakit kepala, luangkan diri untuk berihat seketika dengan berjalan melihat luar tingkap sambil mengambil udara segar atau bersandar kekerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan atau tidur sekejap antara 15 minit ke 20 minit terutama pada waktu tengahari sebelum waktu zuhur (Sunah Nabi).

Pemakanan
Memakan sayur kangkung setengah masak ( 1 ikat kangkung)

Berendam
Berendam di air hangat juga boleh mengurangkan sakit kepala anda.

Sejukkan Kepala
Ambillah kain lembut atau handuk kecil, lalu basahi dengan air bersuhu dingin. Lalu, lekapkan di kepala dan leher bahagian belakang. Jika dimata, ambil tuala kecil remdam di air suam dan lekapkan di mata beberapa minit dan diulangi beberapa kali hingga lega. Cara tersebut boleh mengurangkan rasa sakit kerana membuat efek relaksasi.

Meditasi.
Saat muncul sakit kepala cubalah untuk bermeditasi. Pejamkan mata, tarik nafas dan tahan selama lima saat kemudian buang secara perlahan. Fokuskan fikiran anda pada hal-hal yang menyenangkan. Dengan begitu anda boleh mengurangkan ketegangan otot penyebab sakit kepala, akibat tekanan psikologi atau tres.

Seks
Berapa kali anda menolak ajakan mesra pasangan kerana sakit kepala?! Jika selalu terjadi, maka sekarang anda perlu mengubahnya, apalagi jika anda ingin segera sembuh dari sakit kepala ini. Seks boleh melepaskan rasa sakit yang menyerang kepala seseorang. “Sebab endorpin dan hormon pereda rasa sakit lain turut dilepaskan selama orgasme, sehingga boleh membuat seseorang merasa rileks dan lebih tenang.

Urutan Reflexologi & akupresur (acupresure)
Terapi akupresur ini dilakukan pada titik tertentu di wajah dan tangan anda, yakni:

Titik pada otot temporalis
Gunakan jari telunjuk dan jari tengah, lakukan urutan pada otot temporalis di kawasan pelipis yang letaknya satu jari di atas mata bagian luar.

Titik di belakang telinga
Gunakan ibu jari untuk mengurut titik di bagian bawah tulang besar di balik telinga anda. Lakukan urutan secara putaran pada bahagian ini atau secara melintang kearah belakang kepala.

Titik antara mata
Gunakan jari tengah dan ibu jari, urut perlahan titik di atas hidung di antara kedua mata, tarik ke atas hingga anda merasakan tekanannya di sekitar alis.Dua jari tersebut menolak secara bertentangan merintasi atas alis hingga ke kening.

Titik antara ibu jari dan telunjuk
Gunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan untuk menekan titik di antara ibu jari dan telunjuk tangan kiri anda. Titik akupresur ini memberikan kesan menenangkan ke bagian kepala anda yang terasa sakit.

Friday, June 8, 2012

Makan2 dHari Jumaat

Lunch today dah xtau nak pi makan mana..
Nak makan nasi cam dah bosan..
Pas buat 5s kecik. tadi kat mesin photostat ngan Nad... kiteorg berdua pi makannn kat KFC
Berjalan sket lah ke KFC tu.. alaa bukan jauh sangat pun
tapi disebabkan kemontoks'an badan kiteorg nie..
Hehehe... lotehhh gak!!

Ni laa yg kiteorg makan sambil bergossip pasal anak memasing.. bukan ngumpat tau!!
Haippp xmor xmor... xbaik tau hari jumaat nie..

Ermmm..menternak lemah sket ngan hidangan nie


dah selesai hgga menjilat jari..
Kami pun berjalan pulang.. hehehe. Sessi exercise bermula..
tapi...
Singgah sini dulu..


tengok2 barang kat dalam kedai... pastu tapau nie..
untuk Fadz - Mango Snow Ice

Mango Snow Ice

dan ini untuk Nad - Coffee Snow Ice

Peanut Snow Ice

sampai opis...top up balik lemak ngan makan ice cream sedap nie... xcukuppppppp
nak lagiiii....
sedapppppppppp....hehehehe

Bye!
sambung keje balik.

Thursday, June 7, 2012

Lunch @ RedWok Bangi

Lunch tadi g makan ngan kengkawan opis..
lama dah tak 2gether2 ngan kengkawan masa duk kat pavement unit
winduuuu... 
walaupun eintan xkesampaian nak makan steamboat hari ni
sebab steamboat tu bukak start 6 ptg plak.
kat website cakap bukak start kul 12 - 3 ptg
xhepdettt rupernyer..

Kami order nie..
tapi gambar ehsan dari googles n blog rakan2 yg pernah makan kat sana..
xsompek nk amik gambar lunch tadi.. masing2 terus ngapp jee..
hehehe

Ikan Siakap 3 rasa kot..

chicken sweet sour - best

yang lain2, tom yam yg sedapp, kailan ikan masin, sotong goreng tepung ngan telur asin, n air masing2 nyer feveret.. sayanggg xsempat amik gambar.
Lain kali nak g lagi lahh..
time tu hopefully sempat laa amik gambar yerrr..

ringkasnyer,... memang terbaikk
harga pun ok.
kiteorg makan nie pun xsampai RM30 sorang..

Frennnss,... nanti kite repeat lagi ekkk..
Love uOlls..



Saturday, June 2, 2012

Wedding Day BIL ~ Firdhaus & Zaimah

to both; 
Firdhaus - Adik Ipar Fadz dengan Zaimah, pilihan hati.. telah sah menjadi suami isteri


Akhirnya segala penantian terjawab sudah
Satu Ikatan telah menjadi sah
Semoga kekal hingga ke hujung nyawa
Lalui alam rumahtangga dengan sebaik-baiknya.

Jomm layan gambar jer lah.. biar gambar yg menceritakan segalanya..
Cheeewaahhhh... ;)

hantaran kepada pengantin perempuan...santekk tak??..

Nie saye yg sponserrr... tq anies bake house - my aunty anis.

















Abessss...
Selamat Pengantin Baru
Fird & Zai.
from Us - Fadzilyana Fauzan.


7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...