Monday, March 12, 2012

New Promotion ~ Love Chinta in FACEboutique

Untuk semua pembaca blog LOVE IS CHINTA
Fadz nak umumkan yang Fadz kini jd Affiliate untuk Online Butik
">Meh Shopping sini...

 Macam-macam ada..

Baju Muslimah, Tudung, Blouse, Jubah Moden n banyaakkkk  lagi..

Mcm ni..


dan banyak lagi....


Thanks,

Saturday, February 18, 2012

Sharing is Caring ; 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Thursday, February 16, 2012

Sharing is caring ; AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Sharing drp FB, pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Sama-sama lah kita berkongsi ilmu..

Tuesday, February 14, 2012

Besday Suprise yg memang SUPRISED!!!

hari nie..kunun2nyer nak suprised kan boss sempena besday dia mggu lepas
dah tempah cake kat Lia dah..
alih-alih..pagi tadi, Boss called dia cuti 2 hari!!
Adoyaiii... kami dah terkono!!!

Sape nak potong cake
Sape nak makan cake
sib baik cake jer .. kalau perancangan dulunye nak wat pot luck skali
sib baik xjadi..
nampaknyer boss...kiteorg2 laa yg potong n makan cake n cuppies tu..
Anyway.. Hepi Belated Besday Bos!!!

Cantik tak cake boss .. credit to Lia.. n Kak Siti yg rancang nak wat suprise ni..
SUPRISED sgt kan..( tangan ala ala afdlin sauqi)






nie pun boss jugak... hehehe



Cute Baby

5 February lepas.. ada undangan ke Majlis Cukur Jambul anak sepupu
Hafiz & wife-Fazma... Baby Gal ~ Siti
Cute tak saye.. Cute kan..

Hope dapat baby gal yg cute cam gini jugak...

yg nie pun nak cute jugak...
Aaqil ngan siti

aqil ngan angah

bestprenn

danish yg kemengantukan... cian dia..

Okey..that's all yg cute je... hehehe

Friday, February 10, 2012

Citer Malam Jumaat ~ Mission Failed!!

Sambil tengok TV mlm tadi... Mama telah curi punting Aaqil dan sorok bawah bantal
Bila Aaqil teragak nak punting.. of coz time dia nak tido.. cam gini lahhh..

Aaqil : Ma, mana punting?
Mama : Mana mama tau..aaqil letak mana? ntah2 lipas dah curi.... eiiiii
Aaqil : Mana ada.... sambil dah stat merengek nak punting dia tu..
Mama: yer laa dik, mama rasa lipas dah gigit.. xyah punting lagi lah yer...

tetiba idea datang; ada punting lama aaqil yg dah terkopek... 
aper lagi mama putuskan terus punting tu dari bodynye.. 
pastu tunjuk kat aaqil..

Mama: hah...tengok nie, lipas dah gigit kan... Eiiii...
Aaqil: tengok tapi cam geli nak pegang..

So, xyah punting lagi yer.. tido minum susu jer kalau xleh tido usik idung ngan jari aqil je.. 
(kebiasaannyer aaqil tido punting satu dlm mulut, 1 lagi usik idung)..

nak taknak mcm terpaksa jer aqil tido tanpa punting dia... 
malam tu dia nangis gak kekadang coz punting xde.. tapi berjaya tepuk2 then dia tido balik..

Pagi tadi sedang mama nie gosok baju nak g keje..

Aaqil : Mama gi keje??...
Mama: Aah..
Aaqil: Lipas xjumpa yer ma... sambil landing,tangan dia letak bawah bantal
Mama : xde pun.. lipas xpulangkan punting aaqil..
tetiba...
Aaqil: Mama!!!... nie........ !!! (sambil tunjuk punting dia)
Alamak....terkantoi.. mama pun lupa nak sorok tempat lain...
Perghhh... misi mlm tadi kurang berjaya
Malam nie akan diteruskan lagi.. sampai aaqil xnak lagi hisap punting..
Susah betul dia nak berpisah ngan benda alah tu!!
Any idea... 

Jawapan paling best aaqil ~ Mama, nanti mama beli lain yer...
Mama; senyap..dah xde jawapan lain!!!! :)

So, itu lah mission mama yg failed malam tadi.
Hehehe..korang mesti dah pk lain kan..sebab tajuk dia malam jumaat...
haishhhh korang nie.... :)) hehehe

Monday, January 30, 2012

GEMERSIK KALBU

Gemersik Kalbu TV3 SINOPSIS GEMERSIK KALBU TV3

Lagi lagu yang best dalam drama Gemersik Kalbu.. lagu ni muncul bila raihana keliru ngan kasihnya suffian terhadapnya.. sedangkan dlm hati raihana hanya ada perasaan benci je pada suffian..

bila lah hati raihana akan terbuka untuk terima Suffian sebagai suaminya..
kite tunggu jer yer.. 




Saturday, January 28, 2012

~ Layan.. Feveret OST ~

Movie yg tengah hotz sekarang nie...xhbis lagi
tapi saye xsempat tengok pun lagi..
adik dah download dah tp saye je belum ada masa nak layan movie tu...
sat g maybe kot..sbb tgh bosan weekend xde wat aper..
layan kan je OST Ombak Rindu ni ehh..
saye suka sangat!!!



Kalau drama plak.. mesti tak miss nak tengok citer nie
So cute!!!
Layan yer.. OST Gemersik Kalbu, Drama @TV3



Saye suka dua-dua OST nie..
awak camne???
layannn...


Alhamdulillah

Ingat tak post saye kat FB ari tu... saye kena ulser yg terk..huhuhu
memang menyakitan..dugaan betul
namun ketentuan Allah itu saye terima ngan redha..

Masa tu g jumpa Dr Aida kat Klinik Azizah, 
disebabkan ulser tu byk n dah mcm chicken pox kat situ'
dia suggest tuk wat blood test..takut ada jangkitan.. atau kena HERPES

The result today, alhamdulilah, keputusan Negative
Xde Jangkitan Herpes 1/2, cuma ulser biasa.
alhamdulillah jugak dlm masa seminggu ulser saye dah ilang..
No more stress.. hehehe

Next, sempat lagi minta kat Dr Aida Folic Acid
Persediaan untuk berikan Aqil adik.. hehehe
Insyaallah kalau Allah izinkan.
Doa-doa kan lah ekk..
kali nie nak jaga kandungan betul-betul.. 2 kali keguguran wat saye fobia nak ngandung
tapi anak tu anugerah ALLAH kan.. Dia yg memberi dan Dia juga lah yg tentukan pemergiannya.
Saye hanya mampu berusaha..
Insyaallah.

Start today leh makan folic acid.. no  more mercilon.. hehehe
~doakan ekk~


Wednesday, January 25, 2012

Sharing is Caring ~ Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah

 


1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah TanggaAmalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...