Thursday, June 16, 2011

STRESS dari pandangan Dr Danial


Apa Itu Stress?
 
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
 
   
Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?
 
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
 
 
Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?
 
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
 
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
 
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
 
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
 
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
 
Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress
 
Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)
 
Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)
 
Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)
 
Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya,  jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)
 
Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)
 
Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)
 
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)



Info dr Dr. Danial
"Sharing is Caring" - fadz lyana

'Sharing is Caring' - STRESS - Part 1

Thursday, June 9, 2011

Mengapa Hawa tercipta disaat Adam tidur..


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. 
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. 
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. 
Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. 
Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. 
Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, 
seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 
Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

Monday, June 6, 2011

Aperr daaaa...

Hari nie...konon2 nyer..excited bangun pagi nak pi kojer..yerlaa dah lama cuti dok umah..
cam biasa pepagi tu bersiap-siap la gosok baju, antar aqil kat umah pengasuh, drive gi keje, sampai opis awal, bf nasik lemak and mulakan wat keje cam biasa..

tengah2 wat keje tu..bos tanya, mana MC awak??...ader boss..lom key in jer dalam HRMS..
skali dia kata...awak cuti lagi laaa ari nie.. tengok kat MC nie.. start cuti 14 hari dari 24 May 2011 - 6 June 2011... today is 6 June... ha'ahhhh laaa...hehehehe...xper laa boss teradvance sehari plak..


so hari nie asyik kena bahan jer la... xper laa kengkawan...hang pa suke ehh saye xmasuk opis.... cheq balik kangg...
memang ingt nak balik awal.. tapi xkesampaian coz koje malambak..xtau nak mana satu dulu..

before that, menyembang ngan big bos dlm bilik dia masa antar dokumen tadi..
dia suggest suh jumpa doktor dan tanya punca saye keguguran 2 kali dalam masa yg rapat.. dia takut kot saye stress... ..terharu plak bila bos kata camtu, saye hargai boss..tapi saye ada tanggugjawab pada keje saye..susah saye nak tggalkan .. insyaallah saye akan ikut cakp boss.. satu hari nanti saye pi check tahap stress saye yerkk..thanks boss..

so ari nie..walaupun saye masih cuti, tapi saye seronok sangat coz dah mula keje semula...

Sunday, June 5, 2011

Ohh My Follower ~ TQ so Muchh...

Today, buka blog..rupanyer follower saye' dah 30 orang... huhuhu kalau blogger lain tau nie..."alaaa...poyo jer, baru 30...orang lain dah beribu follower.." .... erm...xperla nak wat camno, xleh nak paksa orang jadi follower kite..janji, blog kite ada orang baca...sudahh..kira okey laa tuu kan..


tapi bukan nak poyo sebab followers tu... tapi dah janji nak bagi hadiah kat follower.. cer ingat balik...contest pertama saye' wat tu "grab hadiah menarik jom jadi follower.." .. So, janji kena laa tunai kan kan... Insyaallah saye akan postkan hadiah2 tu kepada anda (follower 28,29 & 30)..






dannn....penerima hadiah tu adalahh....
Follower ke 28 - 
rmiq78  -
anda dapat Marble Cheese Cake!!! hoyehhh...


Follower ke 29 - 
awak dapat cup cakes..


Follower ke 30
awak dapat voucher Starbuck





nantikan hadiah-hadiah anda di muka pintu nanti ekks...



credit jugak kat aniesbakehouse coz akan jadi baker saye... huhuhu..oven saye terbakauu..so xleh nak wat laa..heheehe

Saturday, June 4, 2011

Part 1 ~ Korea & Japan & Taiwan ~

Hai...tengah2 malam nie lom ngantuk lagi la plak nak tido..so sajer jalan2 kat youtube tengok citer2 korea lain yang best.. tetiba teringat satu citer nie.. tapi citer jepun..bleh tahan gak best nyer.. citer dia lbh kurang cam citer coffee prince tapi coffee prince lagi best..hehehe itu pada pandangan fadz laa... uOlls leh decide sendiri mana lagi best.. tengok kat sini >> coffee prince<< pada sapa yg lom tau citer nie.. So, antara citer2 kat bawah nie...mana yang uOlls suke? jom survey...


Opsss...sebelum uOlls nak click kat citer pendek kat bawah nie..sila pause kan dulu My Playlist kat belah kanan tu ekk..kalau tak nanti pening kepala uOlls mana satu nak dengar...hehehe..anyway... I lOve Seth Tan dalam citer Nora Elena tu... hehehe lari tajukk 


So, Jom Layannnn.....


1. Hana Kimi - Japan



2. Dream High - Korea





3.Marry Me, Mary! - Korea



4.My Girl - Citer korea - Saye suka sangat lagu nie dan citer nie...... try tengok kalau lom tengok ehh..



5. Meteor Garden - Taiwan - Part 1 & Part 2 ...Part 1 lagi best kot....



ermmm...mata ngantuk laa plak... kite sambung survey nie untuk Part 2 plak ekk.... 
apa pun kalau uOlls nak layan citer2 nie just search je kat MySoju ke, CrazyDrama or browse je kat internet uOlls tu..wokehh... selamat melayan citer2 nie.. fadz nak tido dulu... nak mimpi citer aper ekkks... hehehe


okey lah..jumpa uOlls kat Part 2 nanti ehh...Pai Pai...

Friday, June 3, 2011

Baby break dance

hye.. ari nie xlayan citer korea sbb xtau citer aper yg sedap.. so layan fb jer ari nie.
tadi masa berfb, my asben tag kan video nie.. cam tau-tau jer anak dia pun penah cam gini


yer uOlls, aaqil tu kalau tengok org menari breakdance mesti dia pun sama nak wat camtu.. Mama & Ayahnyer nie bukan laa xsupport minat anak.. tapi tau2 jer laa mak ayah mesti seriauu nengok bila anak dia wat cam gitu.. mama laa yang terjerit-jerit bila aaqil wat camtu..risau kann..


tapi bila tengok video nie kan... ermmm...bleh saye' katakan org barat nie xkisah apa yg anak dia wat.. 
ishh.... walaupun dia minat.. tapi dia kecik lagi..xsanggup laa nak bg dia wat camtu takut apa2 jadi lak nanti..


apa2 pun uOlls layan laa video nie,.. memang baby nie berbakat dr kecik..hehehehe..



Thursday, June 2, 2011

the love story of Coffee Prince ~ End..

hye...lama rasa xupdate...
today baru habis layan citer nie.. kalau layan 17 episode nie skali..maunyer xjadi keje den kek umah nie.. mau nyer asben den xlayan den pas nie... hehehe.. so kenalah layan sehari tu 3-4 eposide.. tu yang baru habis tengok tu.. kalau time dok bujang dulu mau nyer tak tido malam sbb nak habiskan citer tu cepat.

erm..korean drama nie,..fadz kasi 9/10.. citer romantic comedy nie sumer feeling ader, geram, kuat nyakat, kelakar, sedih sumer ada... feeling nyer pasal ala ala 'Go Chan' dlm drama nie.. sampai anak tanya napa mama nangis..huhuhu kalau dia tau fadz nangis sbb tengok citer nie mesti dia gelakkan...

so nie la fadz copy paste kan sinopsis citer nie pada yg masih belum tengok... best...n soooo sweeeettt couple..

coffee-prince.jpg
Title: 커피프린스 1호점 / Coffee Prince
Chinese title : 咖啡王子1号店
Also known as: The 1st Shop of Coffee Prince
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 17
Broadcast network: MBC
Broadcast period: 2007-Jul-02 to 2007-Aug-27
Air time: Monday and Tuesday 21:55
Opening Theme: Lalala, its Love, by The Melody

Synopsis
The life of Go Eun Chan (Yoon Eun Hye) is not easy; she works many jobs to pay off debts and even gave up her feminine image. Choi Han Kyul (Gong Yoo) is the heir of a big food company, but his grandmother wants him to settle down, so she arranged many dates for him. After Eun Chan bumped into Han Kyul and was mistaken for a boy, Han Kyul decided to hire Eun Chan to be his gay lover in order to avoid the arranged dates. Desperately in need of money, Eun Chan had no choice but to accept. Han Kyul’s grandmother also made Han Kyul in charge of a filthy coffee shop in danger of being bankrupt. Eun Chan begged to work at the coffee shop, and not long after, feelings start to spark, except, how would Han Kyul accept his “homosexuality”?

erm....pasnie nak layan citer aper lak ehh... demam korea melanda lagi setelah sekian lama..
hahaha...mentang2 dapat cuti 2 mggu digunakan sepenuhnyer... pasnie kalau nak tengok drama korea lagi..kena laa amik masa panjanggggg lagi nak habis.. nie jer 17 episoode nak dekat 4 hari.. tu full time duk umah tapi part time kena layan coz nanti orang kat umah nie xterlayan plak..

so, Uolls..mana yg giler citer korea tu..yg masih lom tengok ...pi lah tengok ekk.. bleh tgk online gak kat mysoju.. 

okey, pai pai....

love these couple.....waaa... love story end...


7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...