Thursday, April 7, 2011

Jangan Terlalu Susah Hati..







 


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
 
 

 

Jangan
sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
 

J
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


J
angan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



Jangan biarkan SAJE info ini. Hantarkan kepada semua kesayangan anda.. !!  


Wassalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)




 Sharing is Caring...






Wednesday, April 6, 2011

Alfatihah buat Nur A'in..

Semalam tengah syok tengok TV, adik saye ckap..Ain "Gemuk" dah meninggal...terkejutnya saye.. Ain tu muda lagi..20an..tapi disebabkan diri dia yang serba kekurangan membuatkan orang lain selalu mengejek dia. Saye dan keluarga saye dah kenal lama ngan arwah..sejak arwah kecil lagi..mengaji di rumah ngan Mak & Ayah saye...xsangka ajalnya tiba.. Ajal maut ditangan tuhan kan....

Esoknyer  (pagi tadi)..saye call ayah..tanyakan sebab Arwah meninggal dunia, terkejut lagi bila ayah kata Arwah Ain orang jumpa kaku kat bus stop kat area jasin... Pelik.. jauhnye dia sampai kesana.. ayah ada ckp hidung dan mulut nyer berdarah...lagi saye confuse kenapa ngan arwah?? mcm2 spekulasi dlm fikiran saye... mayat pagi tadi telah di post mortem untuk mendapatkan punca kematiannyer.. dalam hati..terfikir jgn laa ada org khianat atau wat apa2 kat dia sampai jadi mcm tu..

Dlm kul 11, adik saye YM..katanyer kes arwah ade disiarkan dalam harian metro ..so saye pun cepat2 buka harian metro online tuk baca... sedihnyer...hati sebak dan tak perasan bertakung air mata nie... arwah pergi tanpa ada siapa pun disisi dia...

Kepada Pak Cik Salleh semoga tabah hadapi dugaan dan takziah kami ucapkan, semoga arwah aman disana..dan ditempatkan dikalangan insan2 yang dekat disisi yang maha esa...Al-fatihah...

untuk berita lanjut : sila KLIK

Monday, April 4, 2011

kisah ku ari nie..

04 April 2011..
Today...feel not gud. Semalam dah rasa mcam dah melayang-layang kepala nie, dan rasa nak muntah.. Ishhh...gerun gak kalau fikirkan..tapi rasanyer -ve coz belum due date ke period seterusnyer..risau gak.. yerlaa doktor suh relax dulu 6 - 12 bulan baru leh rancang nak ada baby lagi.. 

Tapi semalam ku gagah jua sebab dah sampai the mines baru rasa sakit kepala...xkan nak patah balik..dah laa jalan jem giler..sib baik saye xdrive..kalau tak mmg xlarat jugak..so, semalam jenjalan laa kat the mines sampai petang.. kepala pun dah okey sket. Malam pi makan western food kat area umah ngan adik2...kul 9mlm baru sampai umah.. time tu hubby dah ader kat umah bersiap2 nak sambung pi keje balik.

Kat umah, sampai2 jer ABPBH dah stat...ape lagi pas mandi terus ngadap TV sampai ABPBH habis.. hilang strees sket bila tengok lawak diaorg tu..

Kul 1 pagi baru leh tido, aqil cam xselesa tido jer mlm tadi..penat agaknyer lagi pun risau kot2 dia sakit perut yerlaa asyik xnak makan jer..apa apa pun lepas watkan susu dia, sapu minyak yuyi kat perut dan tapak kaki..alhamdulillah dia leh tido lena..dan Mama pun tak sedar kul brapa mama lena..terbangun pkul 3 tengok hubby dah balik keje n tengah makan..

Pagi2 dah terjaga pukul 5.45, aqil mintak susu.. kat luar hujan renyai-renyai..best nyer kalau sambung tido balik.. hehehe lastly igtkan nak landing jer kat sbelah aqil..tapi leh terlena sampai kul 6.30..nasib baik xterlajak..hujan makin lebat lak tu..syokk nyer kalau hari nie hari ahad...

Condition saye pagi nie xberapa nak sedap...kepala makin berat, badan cam nak demam.. tapi ku gagahi jugak ke opis..

Sampai opis..wat keje cam biasa... tapi mmg rasa xlarat...saye jumpe doktor dan dapat MC ari nie..so,keje half day jer ari nie... lepas lunch balik umah..tido n rehat...

Semoga saye cepat sembuh....

Sunday, April 3, 2011

Sedetik Lebih.. ~Untuk yang tercinta~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

waa...bestnyer lirik lagu nie..
lagu anuar zain mmg best2..ngan suara seksinya tu..
so, i dedicate this song to my luvly family...mak ayah n special dedicate to My Luvly Hubby ~ Mohd Fadzil Salim .. dan Luvly Son ~ Mohd Aaqil Fauzan.. Love you all so much..

this is for you..






Saye suke...Anuar Zain.. :)

Friday, April 1, 2011

Epal Ohh Epal..



SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.
 Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
 Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.
 Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
 Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.
 Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
 Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
 Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Oleh itu..Jom makan Epal hari-hari untuk kehidupan yang sihat..

Aqil kena FLU...


Today, Mama amik cuti coz aqil demam n selsema..cian dia.. ermm dah tau dah punca kena flu..coz dia ngan aiscream kacang dia xbleh dipisahkan..ari2 ngapp...pasni no more aiscream..Mama makan aiscream tu xpe.. :) 
Time anak kite demam ke selsema ke mesti kite xlena tido dibuatnye kan.. mesti nak pantau dia every hour.. mcm tu jugak laa saye mlm tadi..asyik terjaga coz aqil xselesa tido. Saye pun risau gak takut dia susah nak bernafas coz idung tersumbat.. saye nie terlalu berfikir.. doktor kata kanak2/babies even kite pun kalau selsema automatic akan bernafas ikut mulut kalau idung tersumbatkan... 
lagipun badan aqil agak panas sket mlm tadi,,tu yang risau takut2 demam dia makin tinggi,,sbb tu rasa risau sgt bila dia demam atau selsema nak2 3 serangkai sekali ngan batuk..Ya Allah kuminta kesihatan berpanjangan wat keluargaku..Amin..
So nie ade info sket pasal baby dan selsema tuk info ibu2/mama2/umi2/ n sumer.... info nie copy paste dr Kids Care Online hepi blogging... 
comel baby nie tido..syokk nyer kalau dapat triple twin camnie..

Aqil pun dah tido..xper dia perlu rehat yg cukup..so xmor kacau dia! Jom baca info nie..sorry coz malehh nak convert language ke bahasa...



Beware, the flu that is not treated can be prolonged and result in respiratory tract infections in a more subtle or as bronkhiolitis known, namely inflammation of the airways in the lungs fine.
Causes bronkhiolitis usually occurs because of viral infection. Among others, adenovirus, RSV (Respitory Syncytial Virus) and parainfluenza. They are much affected by this bronkhiolitis are children under the age of the year (mostly age 3-6 months).
Observe if the child has the following symptoms:
* Started as usual cough.
* Slightly decreased appetite.
* Fever or body temperature is colder than usual.
* After one or two days, her breathing faster and more severe coughing and wheezing in the accompanied
* Looks like shortness of breath
Bronkhiolitis patients usually require inpatient treatment to overcome the shortness of breath. For mild cases will recover about one to two days. But not rare disease and had recovered about 5-12 days.
* To prevent and treat bronkhiolitis in children should:
* If you wear a mask so cold cough infant is not contagious.
* Wash your hands clean before handling a toddler.
* If children already cough colds, give plenty of fluids to avoid dehydration and thin the mucus.
* If the condition is severe enough, may need the help of oxygen toddlers

Wednesday, March 30, 2011

Aduh! Merajuk Mengalahkan Perempuan...

Emm..posting ari nie.... buka topik merajuk..

Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk ... buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk kan?

Selalunya, kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi ... kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya.

Bila lelaki mula merajuk... Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya!..tapi lagi pening kalau dapat suami yang suka merajuk nie...waaaaa!!! kena banyak bersabar....

Info ni dicopy paste dari ~

 Tilam & Bantal


TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa
Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...
 - yer, dia memang ada time nyer tetiba mendiam seribu bahasa... sah laa tu!!

Masam Muka
Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!
 - Dia Ok lagi laa...xtarik muka..still kacak lagi...hehehe

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... )
 - yang nie memang terang-terang..si Dia pun macam nie jugak...kekadang tu dia yg masak tp kalau tetiba dia merajuk...xkan dijamahnyer apa yg dia dah masak tu depan kite.. Cianlaa kite kena makan berdua ngan anak dulu...Si Dia dok tgk TV layan merajuk dia....hehehehe kekadang rasa nak suap jer nasi tu kat mulut dia...kang dah macam mak tiri plak....hehehehe
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!
- yup!!!!

Matikan Telefon Bimbit
Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!
- Xdelaa sampai nak matikan henpon...setakat sms n call xjawab tu ade laaa... biasa nyer camtu laa kejap jer tu...nanti dia call / sms jugak..


Baca Surat Khabar
Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.
- Ermm..dia xde ciri mcm nie..


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!
- Dia mmg selalu tengok TV sampai lewat malam..kekadang TV tengok dia..tapi nie bukan la cara dia merajuk..




Macam mana merajuk pun dia...xlama laa paling lama wat hal masing2 2 hari...tapi kite keep going sms dia wat mcm xde hal belaku..lelama dia ok lah.. Saye nie dah laa jenis yang xreti nak memujuk lebih2 nie...hehehe so sorry laa yerk kalau merajuk lelama tu..sbb xde org nak pujuk... paling xpun merajuk balik ngan dia.. hah!! camne??? dua-dua merajukk...puas hati......hehehehe

Apa apa pun..asam garam rumahtangga..kalau xde mcm tu xseronok plak..tapi kalau selalu mcm tu pun naik bosan n geram plak..so byk2 kan laa bersabar wahai kaum wanita/isteri... :)

Sekarang...my little son pulak ngikut perangai ayah dia..kuat merajuk...adoyaiiii..cepat kurus Mama mcm nie kalau dah dua2 merajuk serentak.... sapa plak nak pujuk Mama nie...huhuhuhu....ciannye.. 
xper laa...Mama akan still here tuk wat dua dua nyer hepi.....







Thursday, March 24, 2011

Hepi Bezday to Me!!




Today..24 March 2011..genaplah usia saye 30 tahun...Alamak..dah bertukar angka di depan laa...
Thanks to all friend yg meng'wish'kan bezday saye..specially from my luvly hubby yg wish awal sehari, all beloved sis, bosses, and BFF
Hopefully doa kalian dimakbulkan tuhan, dan semoga saye mendapat keberkatan dari doa kalian, semoga saye diberi umur yang panjang, rezeki yang bertambah, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, masa depan yang cerah, dan jalan yg lurus dr Allah SWT.. diharapkan bertambahnya usia saye ni, bertambah jugalah keimanan saye terhadap yang Maha Esa..Amin
Present???... ermm ada org janji nak bagi tapi tunggu dia gaji ...hehehe..
Anyway doa kalian tu pun dah jadi hadiah wat saye..terima kasih banyak2 yer..

Tuesday, March 8, 2011

ASMARA - Malam nie~ mesti tengok....

Mungkinkah Asmara akan kembali kepada kekasih pertamanya, Melati selepas Zaliya meninggal dunia? Persoalan yang telah mengakhiri siri drama ASMARA ketika menghiasi slot Lestary pada 31 Ogos – 30 November, 2010 bukan sahaja menerima ‘rating’ atau kadar tontonan yang tinggi pada 3.1juta penonton malah ramai yang mahukan siri popular tersebut disambung seterusnya mengetahui pilihan hati Asmara.

Poster Asmara 2

Sambungan siri ASMARA akan menemui para penonton mulai 8 Mac 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam menerusi slot Lestary. ASMARA 2 masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Asmara (Shahz Jaszle) telah mengahwini Melati (Faralyna)

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton ASMARA 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa jam 9.00malam mulai 8 Mac 2011, hanya di TV3. Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.

Zaliya (Faezah Elai) sering memerhati kehidupan Asmara dan Melati

Ferhad (Fezrul Khan) mendekati Tria (Fiza Elite) untuk mengesan lokasi Adam
Tags: , , ,

Wednesday, March 2, 2011

OMG ~ result pi check kesihatan

the ResuLt :

berat..rasa baru semalam timbang berat : 76.6kg..ari ni timbang dah 78 kg..OMG!!!! gemokkkk nyeeee
dengan tinggi aku 153cm...ermmm..memang gemokks
dah Obess.. : bmi 3.6
Lemak kat Jantung : bacaan 16 (tggi jugak tu)
Lemak dalam badan : lagi laaa tinggi ..3.3 something >> xingat dah
metabolisme tinggi : > 1300 dia kate senang nak turun berat badan kalau kurangkan pengambilan kalori sehari..
ni belum lagi check blood test, (blood pressure, glucose, etc..)..ohhh tidakkk
need to worriedddd...

so ari nie try apple fiber untuk nyah toksin dlm badan...
risau gak dah berlemak sana sini nie..bukan apa..takut ramai penyakit nak berdamping..hehehe xmorr lah
so, mulai sekarang ikutlah pemakanan yg sihat..less kabohidrat (nasi, mee, roti etc..), bykkan minum air masak, more exercise..(naik turun tangga pun exercise gak kan..)

xsabar nak tengok result bulan depan lak...ada turun ker tak??? waaaa....boleh ke aku???
nak sambung azam tawun-tawun-tawun-tawun lepas....hahahaha..masih belom tercapai.....

Tuesday, March 1, 2011

Saman...ohh saman

Semalam...last day saman 50% discount....punye laa ramai orang nak pi bayar....
Actually saye nak pi renew driving lesen jer..kuar opis kul 2.45 takut post opis tutup...xteringat plak depa dok sibuk nak bayar saman kat post opis jugak..apa lagi.. dah 3 post office saye pi tinjau.. 1st kat Jalan Klang Lama <<Parking xder..org pun dah beratur panjang>> xjadi lahh pi tengok Post Office kat Desa Pandan << Ya Allah..panjang betul beraturnyer sampai kat luar post office pun beratur panjang>> Cancelll...pi lak tengok kat Post Office Tesco Ampang.. parking kete siap2 pastu terus menuju ke post office dlm tesco tu..alhamdulillah..xla ramai sangat...suke hati sket..tekan nombor giliran... 1597 no sekarang.. 1539... *&)^%$#@@!!.. tunggu gak laa sekejap..xsampai 1/2 jam..penat berdiri..saye pun chawwww balik umah.. Esok je pegi (menyedapkan hati)..

Esoknyer..kul 9 dah terpacak..alhamdulillah...line clear.....so dah renew laaa lesen memandu saye yang tamatnye 31/12/2010 yang lepas....selama ni saye drive dengan lesen yang dah kojol!!! hehehe..

Saman?????.....erm..xtau la Polis nak lanjutkan tempoh ke tak... saye lom settlekan saman saye lagi laa...huhuhu.. next month insyaallah...tapi no discount lah.. xper laa pasni wat kete bebaik jer..takmorr dah kena saman coz..sumer nak duittttt jer sekarang nie..

7th Anniversary

Sayang,  today Our 7th Anniversary!! Sorry sebab forgot our anniversary today. Syukur u masih ingat..  Tq for the wishes this earl...